Sabtu, 26 November 2011














jAuHiLah Zina..



Surah 24
CAHAYA
(64 ayat)

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
24:1. Sebuah surah yang Kami menurunkan dan menetapkan; dan Kami menurunkan di dalamnya ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, supaya kamu mengingati.
24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka.
24:3. Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin.
24:4. Dan orang-orang yang membalingkan kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak mendatangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
24:5. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
24:6. Dan orang-orang yang membalingkan kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar.
24:7. Dan yang kelima, bahawa laknat Allah adalah ke atasnya, jika dia termasuk antara pendusta-pendusta.
24:8. Ia akan menghindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia menyaksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah  antara pendusta-pendusta.
24:9. Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah ke atasnya jika dia (suami) termasuk orang-orang yang benar.
24:10. Tetapi kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Menerima Taubat, Bijaksana!
24:11. Orang-orang yang datang dengan kedustaan adalah satu kumpulan daripada kamu; janganlah menyangka ia jahat bagi kamu, tetapi ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap lelaki daripada mereka mendapat dosa yang ia mengusahakan dikenakan kepadanya; dan sesiapa daripada mereka yang mengambil bahagian yang lebih besar daripadanya, baginya azab yang besar.
24:12. Mengapa tidak, apabila kamu mendengarnya, orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, terhadap diri-diri mereka sendiri menyangka baik, dan berkata, "Inilah kedustaan yang nyata"?
24:13. Mengapa mereka tidak mendatangkan empat saksi terhadapnya? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka pada pandangan Allah, merekalah pendusta-pendusta.
24:14. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya di dunia dan di akhirat, tentulah kamu disentuh kerana rungutan-rungutan kamu, dengan azab yang besar.
24:15. Apabila kamu menerimanya dengan lidah kamu, dan kamu mengatakan dengan mulut-mulut kamu apa yang mengenainya kamu tidak ada pengetahuan, dan kamu mengiranya satu yang ringan, dan di sisi Allah ia adalah satu yang besar.
24:16. Dan mengapa, apabila kamu mendengarnya, kamu tidak berkata, "Tidak patut bagi kami untuk mengatakan mengenai ini; Engkau disanjung! Ini pengumpatan yang besar"?
24:17. Allah menegurkan kamu, bahawa kamu jangan kembali kepada yang serupa dengannya lagi selama-lamanya, jika kamu orang-orang mukmin.
24:18. Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
24:19. Orang-orang yang menyukai bahawa kesumbangan disebarkan mengenai orang-orang yang percaya, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.
24:20. Tetapi kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Lembut, Pengasih.
24:21. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
24:22. Janganlah orang-orang antara kamu yang mempunyai pemberian dan keluasan bersumpah untuk tidak memberi sanak saudara, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah; tetapi hendaklah mereka memaafkan dan mengampunkan. Tidakkah kamu menyukai bahawa Allah akan mengampuni kamu? Allah Pengampun, Pengasih.
24:23. Sesungguhnya orang-orang yang membalingkannya kepada wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi mereka, azab yang besar.
24:24. Pada hari apabila lidah mereka, dan tangan mereka, dan kaki mereka, mempersaksikan terhadap mereka mengenai apa yang mereka telah buat.
24:25. Pada hari itu, Allah membayar kepada mereka sepenuhnya pembalasan mereka yang sebenar, dan mereka mengetahui bahawa Allah, Dia adalah jelasnya Yang Benar (Hak).
24:26. Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka inilah yang terlepas daripada apa yang mereka mengatakan; bagi mereka, keampunan dan rezeki yang mulia.
24:27. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah memasuki rumah-rumah selain daripada rumah kamu, sehingga kamu meminta izin dahulu dan memberi salam kepada penghuninya; itu lebih baik bagi kamu supaya kamu mengingati.
24:28. Dan jika kamu tidak mendapati seseorang di dalamnya, janganlah memasukinya sehingga diizinkan kepada kamu. Dan jika dikatakan kepada kamu, "Kembalilah", maka kembalilah kamu; itu lebih suci bagi kamu; dan Allah mengetahui apa yang kamu buat.
24:29. Tidaklah bersalah ke atas kamu bahawa kamu memasuki rumah-rumah yang tidak didiami, yang di dalamnya ada kesenangan bagi kamu. Allah mengetahui apa yang kamu menampakkan, dan apa yang kamu menyembunyikan.
24:30. Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah menyedari apa yang mereka mengerjakan.
24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
24:32. Kahwinlah orang-orang yang tanpa teman hidup di kalangan kamu, dan hamba-hamba kamu, dan hamba-hamba perempuan yang salih; jika mereka fakir, Allah akan memberi kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya; Allah Merangkumi, Mengetahui.
24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah memberi kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu memiliki yang menginginkan kitab (pembebasan), maka adakanlah perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka; dan berilah mereka daripada harta Allah yang Dia memberikan kamu. Dan janganlah kamu memaksa hamba-hamba pemudi kamu untuk melakukan pelacuran, jika mereka menghendaki kesucian, kerana kamu mencari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.
24:34. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang menjelaskan, dan satu contoh orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.
24:35. Allah ialah Cahaya langit dan bumi; persamaan Cahaya-Nya seperti sebuah ruang di dalam dinding yang di dalamnya ada sebuah pelita. Pelita di dalam kaca. Kaca seakan-akan bintang berkilauan yang dinyalakan daripada pokok yang diberkati, zaitun, yang bukan dari Timur dan bukan juga dari Barat. Minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tiada api menyentuhnya. Cahaya di atas Cahaya. Allah memberi petunjuk kepada Cahaya-Nya, siapa yang Dia mengkehendaki. Dan Allah membuat persamaan-persamaan untuk manusia, dan Allah mengetahui segala sesuatu.
24:36. Di dalam rumah-rumah yang Allah mengizinkan untuk dinaikkan, dan nama-Nya diingatkan (disebut) di dalamnya; di dalamnya menyanjung-Nya, pagi dan petang,
24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak memesongkan mereka daripada mengingati Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberikan zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.
24:38. Supaya Allah membalas mereka kerana pekerjaan mereka yang paling baik, dan menambahkan kepada mereka daripada pemberian-Nya; dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki tanpa perhitungan.
24:39. Dan orang-orang yang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran yang luas, di mana orang yang dahaga menyangkanya air, sehingga, apabila dia mendatanginya, dia mendapatinya tiada sama sekali; dan dia mendapati Allah di sisinya, dan Dia membayar perhitungannya dengan sepenuhnya; dan Allah cepat membuat perhitungan.
24:40. Atau, mereka seperti kegelapan di laut yang gelap, ditutupi gelombang besar yang di atasnya gelombang besar, yang di atasnya awan, kegelapan bertindih satu di atas yang lain; apabila dia mengeluarkan tangannya, hampir-hampir dia tidak dapat melihatnya. Dan kepada sesiapa yang Allah tidak membuatkan cahaya, tiadalah cahaya baginya.
24:41. Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing - Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat.
24:42. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan kepada-Nya kepulangan.
24:43. Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menjalankan awan, kemudian mengumpulkan mereka, kemudian membuat mereka satu kelompok, kemudian kamu melihat hujan keluar dari celah-celah mereka? Dan Dia menurunkan dari langit, gunung-gunung, yang di dalamnya hujan batu, supaya Dia menimpakan kepada siapa yang Dia mengkehendaki dengannya, dan memalingkannya daripada siapa yang Dia mengkehendaki; hampir-hampir sinar kilat-Nya menghilangkan penglihatan.
24:44. Allah membalik-balikkan siang dan malam; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan.
24:45. Allah mencipta semua haiwan daripada air, dan sebahagian mereka berjalan di atas perut mereka, dan sebahagian mereka berjalan di atas dua kaki, dan sebahagian mereka berjalan di atas empat; Allah mencipta apa sahaja yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
24:46. Maka Kami menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan; Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus.
24:47. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah dan rasul, dan kami mentaati." Kemudian sesudah itu, segolongan daripada mereka berpaling; mereka itu, mereka bukanlah orang-orang mukmin.
24:48. Apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, supaya dia menghakimkan antara mereka, tiba-tiba segolongan daripada mereka berpaling.
24:49. Tetapi jika mereka benar, mereka datang kepada dia dengan patuh.
24:50. Apa, adakah penyakit di dalam hati mereka, atau adakah mereka ragu-ragu, atau adakah mereka takut bahawa Allah akan berlaku tidak adil kepada mereka, dan rasul-Nya? Tidak, tetapi mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.
24:51. Ucapan orang-orang mukmin apabila dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, supaya dia menghakimkan antara mereka, hanyalah bahawa mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat"; mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung.
24:52. Sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, dan takut kepada Allah, dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang menang.
24:53. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati, bahawa jika kamu menyuruh mereka, mereka pasti akan keluar. Katakanlah, "Janganlah bersumpah; ketaatanlah yang baik. Sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat."
24:54. Katakanlah, "Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul; kemudian, jika kamu berpaling, hanyalah kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu, apa yang dibebankan kepada kamu. Jika kamu mentaati dia, kamu akan mendapat petunjuk. Adalah hanya atas rasul untuk menyampaikan yang jelas."
24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa Dia akan sesungguhnya menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia menjadikan orang-orang yang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan meneguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia merelai untuk mereka, dan Dia akan menukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan. "Mereka akan menyembah-Ku dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu." Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.
24:56. Lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu dikasihani.
24:57. Janganlah menyangka bahawa orang-orang yang tidak percaya dapat mengandaskan di bumi; tempat menginap mereka ialah Api - satu kepulangan yang buruk.
24:58. Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
24:59. Apabila anak-anak kamu sampai cukup umur, hendaklah mereka meminta izin seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
24:60. Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
24:61. Tidak bersalah ke atas orang buta, dan tidak bersalah ke atas orang cacat, dan tidak bersalah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu memiliki, atau sahabat kamu; tidak bersalah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu memasuki rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.
24:62. Orang-orang yang mukmin hanyalah mereka yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, dan yang, apabila mereka berada bersama dia berkumpul atas sesuatu urusan, mereka tidak meninggalkan dia sehingga mereka meminta izinnya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kamu, merekalah orang-orang yang mempercayai Allah dan rasul-Nya; maka, apabila mereka meminta izin kamu kerana beberapa hal mereka sendiri, izinkanlah sesiapa yang kamu mengkehendaki antara mereka, dan mintalah ampunan Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
24:63. Janganlah membuatkan seruan rasul di kalangan kamu sendiri seperti seruan kamu antara satu sama lain. Allah mengetahui orang-orang antara kamu yang pergi meninggalkan dengan diam-diam; maka hendaklah orang-orang yang menentang perintah-Nya takut akan penganiayaan yang akan menimpa mereka, atau menimpa mereka azab yang pedih.
24:64. Ketahuilah bahawa kepunyaan Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi; Dia mengetahui keadaan kamu; dan pada hari apabila mereka dikembalikan kepada-Nya, Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka buat; dan Allah mengetahui segala sesuatu.
       


Tidak ada komentar:

Posting Komentar